Tuesday 17 May 2011

RENUNGKAN....


Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan Allah daripada godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan..
Hadith riwayat Al-Bukhari

punca Bau Badan dan Cara mengatasinya...

Peluh merupakan PUNCA UTAMA kepada masalah ini. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu Kelenjar eccrine yang bertindak mengeluarkan sisa metabolisme tubuh dan turut berguna untuk mengawal suhu badan. Manakala satu lagi adalah Kelenjar apocrine yang terletak di daerah ketiak, payu dara, anus dan alat sulit yang berfungsi aktif setelah meningkat remaja dan peluh yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh rangsangan emosi.

Melalui sudut perubatan, Kelenjar apocrine yang terletak di bawah lengan dan paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak akan dirembes dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Keadaan ini menyebabkan bakteria mula menyerang dan seterusnya menghasilkan bau. Bau tidak menyenangkan tidak berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga.

Faktor pemakanan juga antara penyumbang kepada masalah ini. Contoh makanan yang boleh menyebabkan badan berbau seperti bawang putih, bawang bombay, mengambil banyak makanan berempah dan merokok. Selain itu, faktor kebersihan diri juga perlu dititikberatkan seperti mandi dengan bersih dan menggunakan deodoran dan antikeringat di ketiak.

Beberapa cara yang boleh digunakan bagi mengurangkan bau badan. Antaranya adalah:

MANDI
Menjaga kebersihan diri dengan kerap mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan sabun datau cecair mandian terutama ketika cuaca panas. Pastikan menggosok bahagian yang kerap berpeluh seperti ketiak bagi membuang sel mati dan membuka liang roma. Kaedah ini merangsang persedaran darah dan membantu melancarkan proses penyingkiran bahan toksik.

DEODORAN
Setelah mandi, sapukan deodoran yang mengandungi antibakteria di bawah ketiak kerana kandungannya boleh mencegah peluh berlebihan dan mengatasi bau badan. Deodoran tidak menghentikan peluh namun kandungan anti bakteria boleh memperlahankan aktiviti bakteria yang menyebabkan bau badan.

POLA MAKANAN
Bau badan juga boleh terjadi kerana pemilihan makanan yang mengandungi lebihan lemak, minyak, makanan berbau seperti bawang putih, makanan yang diproses, pengawet dan mengandungi banyak pewarna. Kurangkan pengambilan gula, kafein dan alkohol. Manakala bagi perokok, kurangkan atau berhenti merokok bagi mengatasi masalah ini. Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 liter sehari untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Makan banyak makanan berserat serta sayuran seperti kentang, keladi, brokoli dan lobak yang dikukus bagi membantu mencuci sistem pencernaan, merangsang penyingkiran bahan toksik serta mengurangkan masalah badan berbau selepas dua hingga tiga minggu apabila diamalkan.

BULU KETIAK
Mencukur bulu ketiak dengan teratur dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan peluh serta bau badan.

LIMAU
Buah limau adalah salah satu cara bagi mengurangkan bau badan dengan menggosok limau dan meramas pada bahagian lipatan tubuh seperti ketiak, tangan dan kaki. Aroma dan bau wangi limau akan masuk ke dalam pori-pori dan menghasilkan bau wangi.

CARA TRADISIONAL
Daun sireh mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sireh perlu dicampurkan dengan kapur dan dilumatkan serta disapu pada ketiak. Daun sireh juga boleh direbus dan diminum selain boleh dibuat air basuhan ketika mandi.
Daun beluntas juga boleh dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.
Daun selasih @ kemangi selain boleh dibuat ulam, air rebusan boleh dibuat mandi.

Monday 18 April 2011

Coretan masa..

4.30 ptg
Aduh..30 minit nak balik rumah tapi keja blum beres lagik!pening2

5.15 ptg
Pergh..terlajak plak wat keja sampai bunyi alarm dari E-jari pun tak sedar.Baik segera OFF komputer sebelum balik

5.20 ptg
Jem!ni lagi satu masalah yang menimpa petang ini.Sabar2 tak lari jgak rumah tuh..

5.45 ptg
Yes!cuaca sangat baik untuk beriadah.Perjalanan balik ke rumah masih jauh lagik. Bek aku buka cermin tingkap sekurang2nya dapat juga menghirup udara segar

5.55 ptg
Aik..cem lain jak bau ni..tapi mustahil jugak coz masi terlalu awal untuk buah yang digelar "RAJA BUAH" kini banyak berlambak di tepi2 jalanraya.Penjaja meraih simpati dari pelanggan yang lalu lalang petang itu untuk membeli dari tempat beliau.

6.04 ptg
Baru sampai umah.Penat betul trus terlelap di kusyen.

6.15 pagi
Adui tertidoq sampai esok pagi...biar btul?????

Percaya atau TIDAK?

Makanan atau sayuran dipercayai dapat meningkatkan ghairah semasa menjalani hubungan kelamin.Jesteru bagi anda yang bermasalah dalam mencapai kepuasan klimaks, apa kata mencuba petua daripada sumber makanan harian yang dipercayai dapat membangkitkan hubungan kelamin.

Madu
Madu mempunyai banyak khasiat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Selain itu madu juga mengandungi zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan stamina.
Cara terbaik untuk amalan seharian disyorkan pengambilan madu di antara 100-200 gram pada waktu pagi, 30-60 gram pada tengahari dan waktu petang atau malam juga 30-60 gram.Dinasihatkan pengambilan madu ini adalah 2 jam sebelum makan nasi atau 3 jam selepas makan.Adalah lebih baik madu dicampur dalam larutan air kerana ia lebih mudah diserap dalam bandan.
bersambung....

Angin Ahmar

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan.
Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA. Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata. Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif.

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok.

“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini.

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia.

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih.

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri.

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang.

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya. Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Petikan dari Portal Berita Harian Online

Friday 8 April 2011

Aduh Sakit Kepala...


Penawar Sakit Kepala

Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

SELAMAT MENCUBA!