Tuesday 17 May 2011

RENUNGKAN....


Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan Allah daripada godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan..
Hadith riwayat Al-Bukhari

punca Bau Badan dan Cara mengatasinya...

Peluh merupakan PUNCA UTAMA kepada masalah ini. Terdapat dua kelenjar peluh iaitu Kelenjar eccrine yang bertindak mengeluarkan sisa metabolisme tubuh dan turut berguna untuk mengawal suhu badan. Manakala satu lagi adalah Kelenjar apocrine yang terletak di daerah ketiak, payu dara, anus dan alat sulit yang berfungsi aktif setelah meningkat remaja dan peluh yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh rangsangan emosi.

Melalui sudut perubatan, Kelenjar apocrine yang terletak di bawah lengan dan paha merembeskan bahan yang menjadi punca bau badan. Bahan ini mengandungi protein, karbohidrat dan lemak akan dirembes dengan banyak melalui hormon seksual apabila seseorang itu mengalami tekanan emosi. Keadaan ini menyebabkan bakteria mula menyerang dan seterusnya menghasilkan bau. Bau tidak menyenangkan tidak berlaku pada setiap bahagian tubuh tetapi lebih kerap di kaki, paha, ketiak, bahagian sulit dan belakang telinga.

Faktor pemakanan juga antara penyumbang kepada masalah ini. Contoh makanan yang boleh menyebabkan badan berbau seperti bawang putih, bawang bombay, mengambil banyak makanan berempah dan merokok. Selain itu, faktor kebersihan diri juga perlu dititikberatkan seperti mandi dengan bersih dan menggunakan deodoran dan antikeringat di ketiak.

Beberapa cara yang boleh digunakan bagi mengurangkan bau badan. Antaranya adalah:

MANDI
Menjaga kebersihan diri dengan kerap mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan sabun datau cecair mandian terutama ketika cuaca panas. Pastikan menggosok bahagian yang kerap berpeluh seperti ketiak bagi membuang sel mati dan membuka liang roma. Kaedah ini merangsang persedaran darah dan membantu melancarkan proses penyingkiran bahan toksik.

DEODORAN
Setelah mandi, sapukan deodoran yang mengandungi antibakteria di bawah ketiak kerana kandungannya boleh mencegah peluh berlebihan dan mengatasi bau badan. Deodoran tidak menghentikan peluh namun kandungan anti bakteria boleh memperlahankan aktiviti bakteria yang menyebabkan bau badan.

POLA MAKANAN
Bau badan juga boleh terjadi kerana pemilihan makanan yang mengandungi lebihan lemak, minyak, makanan berbau seperti bawang putih, makanan yang diproses, pengawet dan mengandungi banyak pewarna. Kurangkan pengambilan gula, kafein dan alkohol. Manakala bagi perokok, kurangkan atau berhenti merokok bagi mengatasi masalah ini. Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 liter sehari untuk menyingkirkan bahan toksik daripada badan. Makan banyak makanan berserat serta sayuran seperti kentang, keladi, brokoli dan lobak yang dikukus bagi membantu mencuci sistem pencernaan, merangsang penyingkiran bahan toksik serta mengurangkan masalah badan berbau selepas dua hingga tiga minggu apabila diamalkan.

BULU KETIAK
Mencukur bulu ketiak dengan teratur dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan peluh serta bau badan.

LIMAU
Buah limau adalah salah satu cara bagi mengurangkan bau badan dengan menggosok limau dan meramas pada bahagian lipatan tubuh seperti ketiak, tangan dan kaki. Aroma dan bau wangi limau akan masuk ke dalam pori-pori dan menghasilkan bau wangi.

CARA TRADISIONAL
Daun sireh mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sireh perlu dicampurkan dengan kapur dan dilumatkan serta disapu pada ketiak. Daun sireh juga boleh direbus dan diminum selain boleh dibuat air basuhan ketika mandi.
Daun beluntas juga boleh dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.
Daun selasih @ kemangi selain boleh dibuat ulam, air rebusan boleh dibuat mandi.