Monday 18 April 2011

Coretan masa..

4.30 ptg
Aduh..30 minit nak balik rumah tapi keja blum beres lagik!pening2

5.15 ptg
Pergh..terlajak plak wat keja sampai bunyi alarm dari E-jari pun tak sedar.Baik segera OFF komputer sebelum balik

5.20 ptg
Jem!ni lagi satu masalah yang menimpa petang ini.Sabar2 tak lari jgak rumah tuh..

5.45 ptg
Yes!cuaca sangat baik untuk beriadah.Perjalanan balik ke rumah masih jauh lagik. Bek aku buka cermin tingkap sekurang2nya dapat juga menghirup udara segar

5.55 ptg
Aik..cem lain jak bau ni..tapi mustahil jugak coz masi terlalu awal untuk buah yang digelar "RAJA BUAH" kini banyak berlambak di tepi2 jalanraya.Penjaja meraih simpati dari pelanggan yang lalu lalang petang itu untuk membeli dari tempat beliau.

6.04 ptg
Baru sampai umah.Penat betul trus terlelap di kusyen.

6.15 pagi
Adui tertidoq sampai esok pagi...biar btul?????

Percaya atau TIDAK?

Makanan atau sayuran dipercayai dapat meningkatkan ghairah semasa menjalani hubungan kelamin.Jesteru bagi anda yang bermasalah dalam mencapai kepuasan klimaks, apa kata mencuba petua daripada sumber makanan harian yang dipercayai dapat membangkitkan hubungan kelamin.

Madu
Madu mempunyai banyak khasiat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Selain itu madu juga mengandungi zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan stamina.
Cara terbaik untuk amalan seharian disyorkan pengambilan madu di antara 100-200 gram pada waktu pagi, 30-60 gram pada tengahari dan waktu petang atau malam juga 30-60 gram.Dinasihatkan pengambilan madu ini adalah 2 jam sebelum makan nasi atau 3 jam selepas makan.Adalah lebih baik madu dicampur dalam larutan air kerana ia lebih mudah diserap dalam bandan.
bersambung....

Angin Ahmar

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan.
Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA. Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata. Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif.

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok.

“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini.

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia.

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih.

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri.

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang.

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya. Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Petikan dari Portal Berita Harian Online

Friday 8 April 2011

Aduh Sakit Kepala...


Penawar Sakit Kepala

Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

SELAMAT MENCUBA!

13 Koleksi Telefon Bimbit yang paling buruk...

http://shopping.yahoo.com/articles/yshoppingarticles/576/13-ugliest-phones-of-the-mobile-era/

Masak Lemak Kepala Ikan ala Buncho


BAHAN-BAHANNYA:
2 keping kepala ikan merah
1 biji kelapa (diambil 3 cawan santan)
10 ulas bawang merah (dikisar)
10 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram lengkuas (dikisar)
Asam keping, garam dan sedikit gula

CARA MENYEDIAKANNYA:
. Bawang merah, kunyit, lengkuas dikisar hingga lumat
. Masukkan ke dalam periuk berisi santan
. Masukkan ikan, garam, asam keping dan sedikit gula
. Masaka hingga mendidih dan sedia untuk dihidang

Thursday 7 April 2011

Tsunami di Jepun TERKINI

Laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 10.32 mlm bersamaan pada 7 April 2011
satu gempa bumi berukuran 7.4 telah melanda Honshu,Jepun 340KM dari Timur Laut Tokyo,Jepun.4306 Timut Laut Kudat.Namun TIADA AMARAN TSUNAMI DILAPORKAN DI MALAYSIA.
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1717&Itemid=1635

Somewhere OVER the RAINBOW..

COOKIES & CREAM 'WHIRL'

BAHAN-BAHANNYA:
1/2 gelas krim segar
1/2 gelas sos coklat
1 keping biskut Oreo
1 sudu besar serbuk mocha
Segelas air


CARA MEMBUATNYA:
- Campurkan sos coklat dengan krim segar dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan ke dalam pengisar dan tambahkan segelas ais.
- Masukkan 1 keping biskut Oreo dan satu sudu besar serbuk mocha.
- Kisarkan sehingga sebati.
- Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan dengan Whip Cream

Sindrom Kemewahan disebabkan MAKAN LEBIH (Part 1)

PERNAHKAH anda mendengar mengenai Sindrom Kemewahan atau Affluent Syndrome? Sindrom itu ialah masalah yang berpunca daripada tabiat makan berlebihan dan kekurangan aktiviti.
Sindrom 'ORANG KAYA' ini meningkat secara mendadak dikalangan rakyat Malaysia sejajar dengan proses urbanisasi atau pembandaran yang pesat.
Kesibukan bekerja dan mengejar kesenangan kadangkala menyebabkan seseorang terlupa untuk menjaga kesihatan diri dan tidak kurang juga mengabaikan pemakanan yang seimbang sebagaimana disyorkan.  (akan bersambung...)

Monday 4 April 2011

Demam AF kembali

Pweeeeeeeeeitt...
Apa yang pasti demam AF pasti akan melanda..AFUNDI peserta kesukaan anda!Kredibiliti Pengetua AF yang baru Otai Rock Amy SEARCH sememangnya tidak perlu diperkatakan lagi.Suara yang nyaring begitu
memukau halwa telinga yang mendengar.Masih ingat lagi lagu dendangan Kumpulan Search seperti ISABELLA..BALADA PEMUZIK JALANAN..FENOMENA..PASTI..FANTASIA BULAN MADU sering menjadi siulan anak muda pada era ROCK KAPAK!All the best...

Friday 1 April 2011

Salam 1 Malaysia

Hari Sabtu bersamaan dengan 1 April 2011 a.k.a april fool plan nak wat pa ari nie?????